Contact Us

Wordpress Blog

LIVE STREAMING – 2020 Kelas E-Dagang SITEC 301BM: Affiliate Marketing

Affiliate Marketing

LIVE STREAMING – 2020 Kelas E-Dagang SITEC 301BM: Affiliate Marketing

Affiliate marketing adalah taktik yang popular untuk mendorong penjualan dan menjana pendapatan dalam talian yang besar.

MODUL: PEMASARAN DIGITAL (DIGITAL MARKETING)
TOPIK: EC301BM – AFFILIATE MARKETING
TARIKH: 23 Jun 2020 (Selasa)
MASA: 2:00 petang – 3:00 petang
BAHASA: BAHASA MALAYSIA

**Kelas ini adalah kelas maya yang akan dijalankan menerusi Facebook live SITEC

**Sertai SITEC E-Commerce Info Whatsapp Group dan dapatkan notifikasi mengenai Program E-Commerce SITEC. Klik pautan di bawah untuk menyertai : https://chat.whatsapp.com/D6kpQJQLwJl1RICsokVHGi
————————————————————
Mengenai kelas ini:

Apa itu affiliate marketing?
– Affiliate marketing adalah proses di mana seseorang memperoleh komisen untuk memasarkan produk orang lain atau syarikat. Pemasar hanya mencari produk yang mereka gemari, kemudian mempromosikan produk tersebut dan memperoleh sebahagian keuntungan dari setiap penjualan yang mereka buat. Penjualan tersebut dijejaki melalui pautan afiliasi dari satu laman web ke laman web yang lain.

Bagaimana affiliate marketing berfungsi:
– Disebabkan affiliate marketing berfungsi dengan menyebarkan tanggungjawab pemasaran produk kepada semua pihak, ia berjaya memanfaatkan kemampuan pelbagai individu untuk merancang strategi pemasaran yang lebih berkesan sambil memberikan bahagian keuntungan kepada penyumbang. Untuk affiliate marketing berfungsi, ada tiga pihak yang terlibat:

1) Penjual dan pencipta produk.
2) Sekutu (affiliate) atau pengiklan.
3) Pengguna.
————————————————————
Agenda
14:00 Pengenalan kepada SITEC
14:05 Jurulatih 1 – Zuyyin Juhari, Associate Director, Publisher Accounts, Accestrade
14:50 Jurulatih 2 – Rose Nazihah, Senior Advertiser Account Manager, Involve Asia
* Kelas ini akan diadakan di dalam Bahasa Malaysia
————————————————————
Apa tunggu lagi? Sertai kelas e-dagang yang akan datang kerana kami bawakan kepada anda pakar-pakar daripada dunia e-dagang untuk berkongsi dengan anda petua dan pengetahuan yang berguna yang boleh anda gunakan dalam perniagaan e-dagang anda.
**Kelas ini adalah kelas maya yang akan dijalankan menerusi Facebook live SITEC

Click to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

To Top